banner

Papan Kenyataan

Musim Luruh


Sunday 27 November 2011

Sejarah Muzik

Muzik bermula hampir seusia dengan kehadiran manusia moden homo-sapien 180,000 hingga 100,000 tahun dahulu. Tiada siapa tahu bila manusia mula mengenal seni dan muzik. Dari penemuan arkeologi di lokasi-lokasi seperti benua Afrika sekitar 180,000 tahun hingga 100,000 tahun dahulu telah menunjukkan kepada perubahan evolusi pemikiran otak manusia. Dengan otak manusia yang lebih pintar dari haiwan, mereka membuat pemburuan yang lebih terancang sehingga boleh menumpaskan haiwan yang besar. Dengan keupayaan otak ini, mereka berfikir lebih jauh hingga ke sebalik realiti mencapai imaginasi dan spiritual. Bahasa untuk perhubungan mula terbentuk diantara mereka. Dari bahasa dan perkataan ringkas untuk amaran bahaya dan nama-nama haiwan buas, perlahan-lahan beberapa perkataan muncul untuk menamakan benda dan nama panggilan untuk seseorang. Entah, sama ada mereka sudah pandai berasa bosan atau sesuatu didalam fikiran mereka yang membuatkan mereka mula mengumpul manik-manik dari cengkerang siput laut sebagai perhiasan untuk rantai leher. Mereka mula mengores garisan diatas kayu dan batuan dengan corak-corak menggambarkan pemikiran mereka. Dinding-dinding gua tempat mereka berlindung dilukis dengan warna-warna dari tumbuh-tumbuhan. Dalam kehidupan nomad mereka yang berpindah-randah, mereka mungkin telah melihat banyak kejadian alam seperti panahan petir yang memulakan kebakaran hutan. Daging binatang yang terbakar daripada api kebakaran mempunyai rasa berbeza dan lebih lazat. Kemudian terlintas difikiran mereka bagaimana cara hendak menghidupkan api untuk memasak, memanaskan badan dan menjauhi haiwan buas mengguna api. Selepas makan malam dengan memakan hasil buruan mereka pada siang hari, mereka berbual dan bercerita mengenai kisah silam mereka. Bentuk pendidikan dan hiburan terawal manusia. Sama seperti sekolah dan TV manusia di zaman moden. Seorang dari mereka mungkin mendapat idea mengambil tulang kaki kering haiwan buruan yang menjadi makanan mereka dan mula meniup ke rongga mengeluarkan bunyi. Ada juga yang mendapat inspirasi dari pemerhatian kepada alam semulajadi bila angin menghembus kedalam rongga kayu atau bambu yang mengeluarkan bunyi. Kayu dikorek lubang ditiup menjadi flute purba. Manusia meluahkan perasaan mereka yang takut dan gembira menggunakan suara mereka. Bermain-main dengan suara mereka menjadi chant, hymn atau syair nyanyian kecil daripada inspirasi kicauan burung. Kayu-kayu dan batuan keras dipukul mengeluarkan bunyi irama yang mengasyikkan. Mungkin secara tidak sengaja mereka telah mengetuk kayu pokok yang berongga didalamnya dengan batang kayu yang mengeluarkan bunyi kuat. Kulit binatang yang mereka guna sebagai pakaian diletak pula untuk menutup rongga kayu besar menjadi gendang, di palu menjadi irama-irama purba.

Matlamat Kurikulum

Kurikulum Dunia Muzik sekolah rendah bermatlamat untuk membina potensi diri murid ke arah melahirkan insan kreatif yang menghayati dan menikmati muzik secara intelektual menerusi aktiviti muzikal.

Objektif Kurikulum

Kurikulum Dunia Muzik sekolah rendah bertujuan untuk membolehkan murid mencapai standard pembelajaran berikut: 
1. Mengaplikasi kemahiran muzik menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan permainan alat
    muzik
2. Mengaplikasi pengetahuan membaca notasi muzik dalam aktiviti muzikal. 
3. Menghasilkan idea muzikal kreatif menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan bermain alat
    muzik. 
4. Membaca dan menulis notasi muzik. 
5. Menghargai pelbagai jenis muzik dengan menyatakan secara lisan dari aspek muzikal
    karya muzik yang didengar. 
6. Mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti muzikal

Objektif Kurikulum Tahun 1

Kurikulum Dunia Muzik Tahun 1 bertujuan untuk membolehkan murid mencapai standard pembelajaran berikut: 
1. Menyanyi lagu dengan ton suara dan dinamik yang sesuai serta sebutan dan postur yang
    betul mengikut tempo. 
2. Memainkan perkusi dengan dinamik yang sesuai mengikut tempo. 
3. Memberi respon terhadap muzik yang didengar menerusi pergerakan mengikut dinamik, pic,
    tempo, bunyi panjang dan pendek, mud serta lirik. 
4. Menghasilkan pelbagai bunyi, corak irama dan melodi menerusi aktiviti muzikal. 
5. Mengenal pasti warna ton suara manusia daripada muzik yang didengar. 
6. Mengenal pasti mud, tempo, tekstur dan dinamik daripada muzik yang didengar.